Skip to main content

Kualitatif yang saya faham

Definisi atau Pengertian
Kajian atau penyelidikan kualitatif merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti sesuatu fenomena atau keadaan terhadap individu bagi mendapatkan maklumat secara terperinci atau dengan lebih mendalam.

Penyelidikan atau kajian ini akan menerangkan proses dan memberi tahu langkah-langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.

Pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori.

Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.


Asas penyelidikan kualitatif
Responden - Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Bentuk data - Data berbentuk perkataan atau ayat yang di kumpul melalui temu bual atau direkod dalam bentuk gambar atau video

Metodologi kajian - Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

Instrumen Kajian- Penyelidik merupakan instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

Ciri-ciri Kajian Kualitatif
Kajian lapangan: berbentuk semula jadi- tingkah laku dikaji secara semula jadi- kepercayaan berkait dengan persekitaran semula jadi: > tingkah laku mudah difahami tanpa kekangan luaran atau kawalan
Pengumpulan Data - Pemerhatian, temu bual atau temu duga serta analisis dokumen
Data berbentuk penceritaan


Mengkaji bagaimana dan mengapa tingkah laku berlaku.

Comments

  1. Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas - MapYRO
    Get directions, reviews and information for Hard 출장샵 Rock Hotel & 충주 출장샵 Casino Las Vegas in Las 사천 출장마사지 Vegas, NV. Hard Rock Casino- 파주 출장안마 The Guitar 구리 출장샵 Hotel.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bab 3 Metodologi Kajian

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 1.        3.1   Pendahuluan Bab ini membentangkan kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan. Ia termasuklah hipotesis kajian, populasi dan sampel, lokasi kajian,  pemboleh ubah, pengumpulan data, skala pengukuran, kebolehpercayaan dan kajian rintis serta penganalisisan data. Jenis kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan lapangan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian. 3.2   Populasi dan sampel Apabila membuat penyelidikan, masalah yang hendak dikaji itu datangnya daripada populasi.  Populasi ditakrifkan sebagai keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi, 1992) [1] .  Menurut Syed Arabi, (1993) [2] tujuan utama pensampelan dilakukan adalah untuk mentaksirkan parameter populasi.  Bagi menentukan sampel untuk kajian ini pengkaji tidak memilih untuk menggunakan sampel yang besar kerana mengikut pendapa...
KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM PENGURUSAN ORGANISASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Zulkifli Ariffin No. 26 Jalan AU 1C/2A, Taman Keramat Permai Kuala Lumpur, Malaysia zayamalbalinggi@gmail.com Sharifah Hayati Syed Ismail Akademi Pengajian Islam Universiti Malays, Malaysia sashsiaq@um.edu.my ABSTRAK Kajian literatur terdahulu mendapati bahawa perbincangan tentang komunikasi interpersonal menurut perspektif Islam sangat luas dan t idak dinafikan bahawa teori-teori Barat banyak mendasari teori komunikasi Islam akan tetapi ilmu komunikasi Islam memberi penekanan dan amat menitikberatkan matlamat komunikasi interpersonal sebagai penyebaran maklumat dan ilmu bertujuan untuk membimbing umat manusia menuju ke tahap yang lebih baik berdasarkan kebenaran.  Kata kunci : uslub, qaula, komunikasi Ilahi, komunikasi Qurani, mau’izah, waqi’iyyah, murunah, syumuliah PENGENALAN Kebanyakan teori-teori komunikasi yang dikemukakan oleh sarjana Islam melibatkan hubungan...