Definisi atau
Pengertian
Kajian atau penyelidikan
kualitatif merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti sesuatu fenomena
atau keadaan terhadap individu bagi mendapatkan maklumat secara terperinci atau
dengan lebih mendalam.
Penyelidikan
atau kajian ini akan menerangkan proses dan memberi tahu langkah-langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Pengutipan data
dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi,
bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
Kajian kualitatif
merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep,
hipotesis dan teori untuk dikembangkan,
dinyatakan dan dijelaskan.
Asas penyelidikan kualitatif
Responden
- Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat
kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.
Bentuk data - Data
berbentuk perkataan atau ayat yang di
kumpul melalui temu bual atau direkod dalam bentuk gambar
atau video
Metodologi kajian -
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.
Instrumen Kajian-
Penyelidik merupakan instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam
situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin
dikaji.
Ciri-ciri Kajian Kualitatif
Kajian lapangan: berbentuk semula
jadi- tingkah laku dikaji secara semula jadi-
kepercayaan berkait dengan persekitaran semula jadi: > tingkah laku
mudah difahami tanpa kekangan luaran atau
kawalan
Pengumpulan
Data - Pemerhatian, temu bual atau temu duga serta analisis dokumen
Data berbentuk
penceritaan
Mengkaji bagaimana
dan mengapa tingkah laku berlaku.
Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas - MapYRO
ReplyDeleteGet directions, reviews and information for Hard 출장샵 Rock Hotel & 충주 출장샵 Casino Las Vegas in Las 사천 출장마사지 Vegas, NV. Hard Rock Casino- 파주 출장안마 The Guitar 구리 출장샵 Hotel.