BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
1.
3.1 Pendahuluan
Bab ini membentangkan kaedah kajian
yang digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan. Ia
termasuklah hipotesis kajian, populasi dan sampel, lokasi kajian,
pemboleh ubah, pengumpulan data, skala pengukuran,
kebolehpercayaan dan kajian rintis serta penganalisisan data. Jenis kajian ini
ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan lapangan dengan soal
selidik sebagai instrumen kajian.
3.2
Populasi dan sampel
Apabila membuat penyelidikan,
masalah yang hendak dikaji itu datangnya daripada populasi. Populasi ditakrifkan sebagai keseluruhan
fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi, 1992)[1]. Menurut Syed Arabi, (1993)[2] tujuan utama pensampelan dilakukan adalah untuk
mentaksirkan parameter populasi. Bagi
menentukan sampel untuk kajian ini pengkaji tidak memilih untuk menggunakan
sampel yang besar kerana mengikut pendapat Chua Yan Piaw (2006), ia boleh
meningkatkan ralat. Tambah beliau
semakin besar responden digunakan, semakin besar kemungkinan ralat akan
berlaku. Ini bertentangan dengan
pendapat Gay dan Diehl (1992).
Maklumat atau data yang
diperoleh daripada populasi dikenali sebagai parameter. Menurut Chua Yan Piaw
(2006)[3], mengatakan parameter
merupakan ukuran ciri populasi. Untuk kajian ini populasi sasaran terdiri
daripada staf di KJP iaitu seramai 91.
Untuk
menentukan jumlah sampel dalam kajian, Gay dan Diehl (1992)[4]
berpendapat bahawa sampel haruslah sebesar-besarnya. Mereka mengandaikan bahawa
semakin banyak sampel yang diambil maka akan semakin representatif dan hasilnya
dapat direalisasikan. Namun ukuran sampel yang diterima akan bergantung pada
jenis kajian.
1. Jika kajian bersifat deskriptif, maka sampel yang paling minima ialah 10% daripada
populasi.
2. Jika kajian dengan menggunakan kaedah korelasi, sampel yang paling minimum ialah
30 subjek.
3. Apabila membuat kajian perbandingan antara pemboleh ubah, sampelnya sebanyak
30 subjek.
4. Apabila penelitian eksperimental, sampel minima ialah 15 subjek.
Tidak
jauh berbeza dengan Gay dan Diehl, Roscoe (1975)[5]
juga memberikan beberapa panduan untuk menentukan ukuran sampel iaitu:
1. Ukuran sampel lebih dari 30 dan kurang dari 500 adalah tepat untuk kebanyakan penelitian.
2. Jika sampel diasingkan ke dalam sub sampel (jantina, had umur, dan
sebagainya), ukuran sampel minimum 30 untuk tiap-tiap kategori adalah tepat.
3. Dalam penelitian “multivariate” (termasuk analisis regresi berganda),
ukuran sampel sebaiknya 10x lebih besar daripada jumlah variabel dalam
penelitian.
4. Untuk penelitian eksperimen sederhana dengan kawalan yang ketat,
penelitian yang
berkesan adalah mungkin dengan ukuran sampel kecil antara 10 hingga 20.
Slovin
(1960) menentukan ukuran sampel suatu populasi adalah dengan formula:
N = n/N(d)2 + 1
di mana,
n = sampel; N = populasi; d = nilai presisi 95% atau sig. = 0.05.
Manakala menurut kaedah Krejcie dan Morgan (1970)[6], untuk memudahkan penentuan jumlah sampel dengan berpandukan jadual 3.3 di
bawah.
Jadual 3.2: Penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan
(1970)
Populasi
|
Sampel
|
Populasi
|
Sampel
|
Populasi
|
Sampel
|
Populasi
|
Sampel
|
10
|
10
|
150
|
108
|
460
|
210
|
2,200
|
327
|
15
|
14
|
160
|
113
|
480
|
214
|
2,400
|
331
|
20
|
19
|
170
|
118
|
500
|
217
|
2,600
|
335
|
25
|
24
|
180
|
123
|
550
|
226
|
2,800
|
338
|
30
|
28
|
190
|
127
|
600
|
234
|
3,000
|
341
|
35
|
32
|
200
|
132
|
650
|
242
|
3,500
|
346
|
40
|
36
|
210
|
136
|
700
|
248
|
4,000
|
351
|
45
|
40
|
220
|
140
|
750
|
254
|
4,500
|
354
|
50
|
44
|
230
|
144
|
800
|
260
|
5,000
|
357
|
55
|
48
|
240
|
148
|
850
|
265
|
6,000
|
361
|
60
|
52
|
250
|
152
|
900
|
269
|
7,000
|
364
|
65
|
56
|
260
|
155
|
950
|
274
|
8,000
|
367
|
70
|
59
|
270
|
159
|
1,000
|
278
|
9,000
|
368
|
75
|
63
|
280
|
162
|
1,100
|
285
|
10,000
|
370
|
80
|
66
|
290
|
165
|
1,200
|
291
|
15,000
|
375
|
85
|
70
|
300
|
169
|
1,300
|
297
|
20,000
|
377
|
90
|
73
|
320
|
175
|
1,400
|
302
|
30,000
|
379
|
95
|
76
|
340
|
181
|
1,500
|
306
|
40,000
|
380
|
100
|
80
|
360
|
186
|
1,600
|
310
|
50,000
|
381
|
110
|
86
|
380
|
191
|
1,700
|
313
|
75,000
|
382
|
120
|
92
|
400
|
196
|
1,800
|
317
|
100,000
|
384
|
130
|
97
|
420
|
201
|
1,900
|
320
|
-
|
-
|
140
|
103
|
440
|
205
|
2,000
|
322
|
-
|
-
|
Sumber: Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan
Arikunto Suharsimi (2005)[7],
mengatakan jika pengkaji memperoleh beberapa ratus subjek dalam populasi, maka
pengkaji dapat menentukan kurang lebih 25 – 30% dari jumlah tersebut. Jika jumlah
populasi meliputi hanya antara 100 hingga 150 orang, maka populasi capaian
diambil kesemuanya. Jenis populasi
homogenus iaitu kesamaan dari segala segi dan saiz sampel yang sederhana adalah
memadai.
Berdasarkan penelitian pengkaji terhadap kenyataan
tokoh-tokoh di atas, pengkaji telah menjadikannya sebagai panduan untuk
menentukan sampel kajian ini dan pandangan Roscoe (1975) menjadi pilihan
pengkaji untuk menentukan sampel kajian dengan alasan ia tidak memerlukan saiz sampel yang besar. Dalam kajian ini, sampel merupakan populasi capaian iaitu 45 di
Bahagian KPJ daripada populasi sasaran 91. Di samping itu juga,
pemilihan staf KJP sebagai pensampelan responden disebabkan mereka mempunyai
tanggungjawab yang jelas, besar dan melibatkan kekerapan komunikasi
interpersonal yang tinggi. Di samping itu juga staf KJP merupakan sebagai pusat
perhubungan bagi lain-lain bahagian dalam Telekom Malaysia Berhad untuk
mendapatkan sebarang bentuk maklumat berkaitan dengan jaminan perniagaan.
3.3
Lokasi kajian
Kajian ini dilakukan di
Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP), Tingkat 11A dan 11B, Utara dan Selatan, Menara
Telekom, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
3.4
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah kajian terbahagi kepada
dua iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas atau tidak bersandar.
Pemboleh ubah bebas atau tidak bersandar yang digunakan ialah bentuk, jenis dan
aliran komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam pengurusan
organisasi, manakala pemboleh ubah bersandar ialah komunikasi interpersonal
yang dipersepsi sebagai menyenangkan dan tidak menyenangkan dalam pengurusan
organisasi terhadap keberkesanan komunikasi serta kepuasan kerja dalam
pengurusan organisasi.
3.4.1 Pemboleh ubah bersandar iaitu
komunikasi interpersonal dipersepsi sebagai menyenangkan
Terdapat lima elemen yang boleh
mempengaruhi seseorang itu untuk mendapat pengalaman apabila berkomunikasi
iaitu kemesraan, kerjasama, memberi perhatian, penampilan diri yang menarik,
berkomunikasi dengan jujur. Elemen-elemen yang mempengaruhi pendekatan
komunikasi interpersonal dipersepsi sebagai menyenangkan disusun sebagaimana Rajah
3.4.1 di bawah.
Kemesraan
|
Kerjasama
|
Memberi
Perhatian
|
Penampilan
diri baik
|
Kejujuran
|
Komunikasi
interpersonal di persepsi sebagai menyenenagkan
|
Rajah 3.4.1: Pendekatan Komunikasi Interpersonal
Dipersepsi
Sebagai Menyenangkan
3.4.2 Pemboleh ubah komunikasi interpersonal dipersepsi
sebagai tidak menyenangkan
Adakala apabila seseorang berkomunikasi
tidak selalunya indah dan akan mengalami pengalaman tidak menyenangkan,
terdapat lima elemen yang boleh mempengaruhi pengalaman tersebut. Lima elemen
yang dimaksudkan ialah berlaku konflik, pemimpin atau ketua yang sombong,
pemimpin atau ketua yang pemarah, suka mengutuk, pembohong dan penipu.
Elemen-elemen yang mempengaruhi pendekatan komunikasi interpersonal dipersepsi
sebagai tidak menyenangkan disusun sebagaimana Rajah 3.4.2 di bawah.
Konflik
|
Pembohong
|
Sombong
|
Mengutuk
|
Pemarah
|
Komunikasi
interpersonal di persepsi sebagai tidak menyenenagkan
|
Rajah 3.4.2: Pendekatan Komunikasi Interpersonal
Dipersepsi
Sebagai Tidak Menyenangkan
Pendekatan komunikasi ini pula di susun mengikut
kefahaman pengkaji dan kemudiannya disahkan oleh dua orang pengekod sehingga
satu kesepakatan kriteria[8] kategori dapat diadakan seperti Jadual
3.4.3 di bawah.
Jadual 3.4.3:
Konsep
komunikasi interpersonal
Konsep
|
Konstruk
|
Item Soal Selidik
|
Pengalaman komunikasi interpersonal dipersepsi sebagai
menyenangkan.
|
Pengaruh pemboleh ubah pendekatan komunikasi
interpersonal dipersepsi sebagai menyenangkan.
|
Kemesraan, memberi kerjasama, memberi perhatian
untuk mendengar, penampilan diri yang menarik, berkomunikasi dengan penuh
kepercayaan dan jujur
|
Pengalaman komunikasi interpersonal dipersepsi
sebagai tidak menyenangkan.
|
Pengaruh pemboleh ubah pendekatan komunikasi
interpersonal dipersepsi sebagai tidak menyenangkan.
|
Konflik membuat saya tidak selesa untuk
berkomunikasi, pemimpin/ketua yang sombong, pemimpin/ketua yang pemarah, mengutuk
sesama staf, bercakap bohong dan menipu.
|
Penilaian terhadap pemboleh ubah membantu pengkaji
membina konsep kajian ini. Namun demikian peraturan sains menuntut konsep
kajian didefinisikan secara jelas agar konsep tersebut dapat diukur secara
tepat dan objektif. Dengan bantuan
definisi operasional iaitu menerangkan bagaimana konsep tersebut diukur,
pengkaji dapat membuat pengukuran ke atas konsep atau pemboleh ubah yang
dikaji. Definisi “operation” menerangkan
apa yang diukur dan menjelaskan secara khusus bagaimana angkubah itu diukur manakala
definisi operasional menunjukkan bagaimana satu angkubah itu boleh diukur atau
dikendalikan. Jadual 3.4.4 di bawah, menunjukkan keterangan pemboleh ubah.
Jadual 3.4.4: Keterangan Pemboleh Ubah
Bil
|
Pemboleh ubah Komunikasi
Interpersonal Menyenangkan
|
Keterangan
|
|
1
|
Kemesraan
|
Erat atau karib
sebenar bersahabat serta ada sifat kasih sayang
|
|
2
|
Kerjasama
|
Memberi
kerjasama untuk memahami segala suruhan/arahan dan dapat menjalankan tugas
dengan baik
|
|
3
|
Memberi perhatian
|
Mengamati
serta memberi tumpuan kepada topik apabila berkomunikasi
|
|
4
|
Penampilan diri
|
Berakhlak
yang baik daripada segi percakapan, pemakaian serta tingkah laku bersopan
santun
|
|
5
|
Kepercayaan dan kejujuran
|
Berkomunikasi
dengan ikhlas, saling mempercayai, tidak berselindung dan berterus terang
|
|
|
Pemboleh ubah Komunikasi Interpersonal
Tidak Menyenangkan
|
|
|
1
|
Konflik
|
Tidak ada
kesefahaman daripada segi pemikiran dan juga tindakan
|
|
2
|
Sombong
|
Egoistik,
menunjuk-nunjuk, berlagak
|
|
3
|
Pemarah
|
Bengis,
tidak ada sifat kasih sayang
|
|
4
|
Mengutuk
|
Memburuk-burukkan
dan merendahkan serta memalukan staf lain.
|
|
5
|
Pembohong/Pendusta
|
Bercakap
tidak benar, mengelak daripada
tindakan yang akan dikenakan.
|
|
3.5 Pengumpulan
data
3.5.1
Perpustakaan – Gedung penyimpanan khazanah
ilmu. Pengkaji dapat lakukan sorotan literatur serta mengenal pasti teori
berkaitan dengan kajian. Di antara perpustakaan yang pengkaji kunjungi ialah
Perpustakaan Negara, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam dan Perpustakaan
Za’aba, Universiti Malaya.
3.5.2 Dokumentasi –Metod dokumentasi ialah mencari data
mengenai hal-hal berupa buku catatan harian, nota-nota, laporan berkala,
laporan audit, jadual kegiatan, peraturan syarikat, anggaran dasar, surat-surat
resmi, surat khabar, majalah dan jurnal (Ezhar Tamam & Jusang Balong, 2002)[9]. Dokumen merupakan data sekunder iaitu
data yang tersedia ada dalam penelitian kualitatif kebanyakannya diperoleh
daripada simpanan organisasi dan sumber manusia yang berkaitan. Ada pandangan
mengatakan ia juga adalah daripada data primer sekiranya kajian dilakukan di
lokasi tertentu, seperti kajian lapangan. (Ezhar Tamam & Jusang Balong,
2002)[10]. Manakala bahan statistik juga dapat dimanfaatkan sebagai dokumen
yang mampu memberikan informasi kuantitatif seperti jumlah staf dalam
organisasi.
Data ini sangat penting khasnya dalam memahami latar
belakang dan data yang tepat berkaitan proses dan sistem dalam sesebuah
organisasi. Justeru untuk tujuan kajian ini, pengkaji juga telah peroleh data
melalui dokumen dan catatan yang terdapat dalam rekod simpanan KJP, antaranya
seperti kekerapan mesyuarat diadakan, rekod kedatangan kerja serta kekerapan
staf mengambil cuti sakit. Rekod ini mempengaruhi komunikasi interpersonal
dipersepsi sebagai menyenangkan dan tidak menyenangkan di tempat kerja.
3.5.3 Laporan bulanan – Pengkaji telah menggunakan laporan bulan Julai
tahun 2014. Pengkaji memilih bulan ini
kerana ia menunjukkan ketidakseimbangan antara aduan penipuan langganan dan
tempoh penyelesaian siasatan kes. Instrumen kajian ini merujuk kepada
bilangan kes yang dilaporkan berkaitan kebocoran hasil dan kes tidak
diselesaikan dalam tempoh ditetapkan serta penipuan langganan yang berlaku
setiap bulan bagi tempoh tahun 2014.
Persoalan, apakah kaitan
laporan ini dengan kajian? Pengkaji berpendapat laporan sebagai pengukur
menunjukkan prestasi organisasi. Ia mencerminkan keefisienan komunikasi
interpersonal dalam pengurusan organisasi. Ia juga menjadi latar belakang
kajian kerana membabitkan setiap warga KJP untuk mencari punca dan
menyelesaikan konflik yang dihadapi dan pastinya memerlukan kepada komunikasi
interpersonal yang berkesan. Di samping
itu juga laporan yang disediakan bersama antara staf eksekutif dan bukan
eksekutif juga memerlukan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik khasnya
apabila ia melibatkan isu kualiti dan tempoh tertentu yang ditetapkan untuk
diajukan kepada pihak pengurusan atasan.
3.5.4 Soal Selidik – Merupakan
instrumen kajian[11]
ini. Item-item soal selidik dipersembahkan berpandukan sorotan literatur serta
dalil daripada Al-Quran dan hadis. Contoh soalan daripada beberapa kajian lepas
digarap, diolah dan di rumus semula supaya bersesuaian dengan konsep kajian[12]. Antara item-item
dipersepsi sebagai menyenangkan yang terdapat dalam teori Barat seperti teori pertukaran
sosial, keterbukaan diri dan teori identiti. Manakala menurut perspektif Islam,
lebih kepada faktor-faktor intrinsik seperti etika berkomunikasi (Mohd Yusof
Husin, 1986)[13].
Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 91 set borang kaji
selidik sebagai alat instrumen kajian kepada responden melalui kaedah serah dan
kutip. Metod ini dipilih kerana ia
mudah untuk dikendalikan dan pengkaji dengan mudah dapat menemui responden di
tempat kerja secara bersemuka dan ia tidak memerlukan kos yang banyak[14].
Teknik yang pengkaji gunakan ialah
dengan menyerahkan borang soal selidik kepada responden secara hantaran tangan.
Teknik ini digunakan apabila pengkaji ingin memberi masa dan kebebasan kepada
responden untuk mengisi borang soal selidik.
Pengkaji akan mengutip semula borang soal selidik yang sudah diisi oleh
responden dalam tempoh empat belas hari (14) daripada tarikh borang diedarkan
iaitu pada 24/06/2016. Bagaimanapun, syarat utama untuk melakukan teknik ini,
responden kajian perlulah mempunyai latar belakang pendidikan yang baik kerana
kefahaman dan kemampuan menulis jawapan bagi teknik ini adalah amat penting.
Borang
soal selidik ini mengandungi empat bahagian.
Bahagian A, latar belakang responden.
Bahagian ini mempunyai lapan (8) soalan.
Bahagian
B dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu B1, terdapat lima soalan, iaitu
pemboleh ubah tentang pendekatan komunikasi yang dipersepsi sebagai
menyenangkan. B2, lima soalan tentang pendekatan komunikasi yang dipersepsi
sebagai tidak menyenangkan dan B3, pemboleh ubah berkaitan kemahiran komunikasi
juga mengandungi lima soalan.
Bahagian
C melibatkan bentuk, jenis dan aliran komunikasi interpersonal yang berkesan
dan memberi kepuasan kerja, yang mana responden hanya perlu memilih salah satu
daripada 3 item disediakan dan menandakan di petak yang telah disediakan.
Manakala itu bahagian terakhir iaitu bahagian D, adalah berbentuk soalan
terbuka. Ia bertujuan untuk mendapatkan tahap kefahaman tentang komunikasi
interpersonal di kalangan warga KJP. Kombinasi nominal dalam bahagian A dan
ordinal dalam soalan-soalan bahagian B dan C, diguna pakai dalam soal selidik
ini. Untuk memudahkan membuat analisis, pengkaji telah menentukan kod kepada
setiap soalan seperti Jadual 3.5.4 di bawah.
Jadual
3.5.4: Kod Soalan Kaji selidik
Kod
|
Soalan
|
B11
|
Saya rasa setiap
staf memerlukan kepada kemesraan untuk berkomunikasi di tempat kerja.
|
B12
|
Arahan yang
jelas serta mendapat kerjasama dari pemimpin/ketua memudahkan kerja saya
|
B13
|
Saya rasa staf
perlu memberi perhatian dan minat untuk mendengar apabila berkomunikasi
|
B14
|
Bagi saya
penampilan diri yang menarik serta senyuman yang ikhlas perlu apabila
berkomunikasi.
|
B15
|
Saya rasa
berkomunikasi dengan kepercayaan dan jujur boleh meningkatkan motivasi untuk
kerja dengan lebih baik.
|
B26
|
Kewujudan
konflik dalam organisasi membuat saya tidak selesa untuk berkomunikasi
|
B27
|
Saya jauhkan
diri berkomunikasi dengan pemimpin/ketua yang sombong dan mementingkan diri.
|
B28
|
Prestasi saya
menurun berkomunikasi dengan pemimpin/ketua yang pemarah dan suka menengking.
|
B29
|
Saya rasa budaya
mengutuk sesama staf perlu dihindari
|
B210
|
Saya rasa tidak
selesa berkomunikasi dengan staf yang bercakap bohong dan penipu
|
B311
|
Kerja saya memerlukan kemahiran
|
B312
|
Saya pernah
mengikuti kursus peningkatan komunikasi
|
B313
|
Saya rasa adalah
penting untuk individu memiliki kemahiran komunikasi bila kerja
|
B314
|
Kemahiran
komunikasi yang saya miliki sudah memadai
|
B315
|
Kerja saya
sekarang memerlukan saya berkomunikasi dengan orang ramai.
|
C1
|
Bentuk
komunikasi yang berkesan
|
C2
|
Jenis-jenis
komunikasi yang berkesan
|
C3
|
Aliran komunikasi
yang berkesan
|
C4
|
Bentuk
komunikasi yang memberi kepuasan
|
C5
|
Jenis-jenis
komunikasi yang memberi kepuasan
|
C6
|
Aliran
komunikasi yang memberi kepuasan
|
3.5.5
Skala Pengukuran
Skala terdiri dari sekumpulan soalan yang mengukur satu
dimensi konsep. Sekiranya konsep itu
mempunyai lebih daripada satu dimensi, setiap dimensi diukur berdasarkan satu
set soalan yang seragam. Sebagai contoh
konsep komunikasi interpersonal menyenangkan dan tidak menyenangkan memberi
impak terhadap komunikasi berkesan dan kepuasan kerja.
Sampel
saiz kajian ini menggunakan skala nominal dan ordinal. Skala nominal ialah skala yang menggunakan
angka untuk mewakili kategori-kategori sesuatu pemboleh ubah. Contoh pemboleh ubah skala nominal ialah
jantina, bangsa, tahap pendidikan, dan kategori jawatan. Bagi jantina, pengkaji memberi kod dengan
menggunakan angka “1” dan “2” yang mewakili kategori “lelaki” dan kategori
“perempuan”. Di sini, angka 1 dan 2
tidak mempunyai nilai, iaitu angka “2” tidak mewakili nilai yang lebih besar
daripada angka “1”. Angka tersebut hanya
mewakili jenis kategori jantina sahaja.
Ia bukan data kontinum, tidak mempunyai magnitud dan tidak mempunyai
makna pengiraan matematik.
Maka
nilainya tidak boleh ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi.
Skala
ordinal ialah skala yang melibatkan data-data kontinum, yang disusun secara
teratur bermula dengan angka yang kecil hingga ke angka yang lebih besar, di
mana angka yang kecil mewakili nilai yang kecil dan angka yang lebih besar
mewakili nilai yang lebih besar. Pengkaji menggunakan skala Likert untuk
mewakili tahap persetujuan subjek mengenai sesuatu pernyataan dan angkanya
ialah 1 hingga 4 untuk mewakili tahap persetujuan subjek iaitu 1 sangat tidak
setuju, 2 tidak setuju, 3 setuju dan 4 sangat setuju.
Skala yang digunakan untuk mengukur sesuatu pemboleh ubah
itu mesti mempunyai konsistensi dalaman.
Sebagai contoh pengukuran pengalaman berkomunikasi secara interpersonal
mempunyai 5 item yang mengukur perkara yang sama. Jika seseorang itu menjawab
setuju pada item pertama, secara logiknya ia juga seharus menjawab setuju pada
item-item lain. Jawapan yang diberikan
mestilah sejajar. Konsistensi dalaman
ini boleh diukur dengan melakukan ujian kebolehpercayaan ke atas skala.
3.5.6 Kebolehpercayaan
instrumen soal selidik (kuantitatif) dan kajian rintis
Kebolehpercayaan sesuatu
pemboleh ubah adalah antara kriteria penting dalam proses menentukan kejayaan
sesuatu kajian yang dilakukan. Instrumen seperti borang kaji selidik yang digunakan
hendaklah sejajar dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi akan menghasilkan
keputusan kajian yang tepat dan penilaian yang dibuat kemudiannya akan
menghasilkan tindakan susulan yang sewajarnya.
Untuk mengetahui yang pengukuran mengukur apa yang hendak
diukur dan pengukuran tersebut boleh dipercayai. Menurut Jenkin (1985)[15] beliau
mengatakan bahawa instrumen kajian dalam amalan komunikasi interpersonal selalu
menimbulkan masalah. Manakala Ives, Olson dan Barudi (1983)[16],
Jarpenva, Dicson dan Desanctis (1984),[17]
dan Sethi dan King (1991)[18]
berpendapat bahawa masih ada ruang yang belum dipenuhi dalam instrumen
pengukuran. Sehubungan dengan itu penekanan harus ditumpukan terhadap
kebolehpercayaan dalam kajian instrumen yang dipilih oleh pengkaji.
Pengkaji telah memperkemas instrumen kajian dengan
membuat penelitian terhadap sorotan literatur yang telah dikenal pasti.
Penilaian dilakukan terhadap sorotan literatur terpilih, sama ada ia boleh
dilaksanakan “operationalised”. Dengan tindakan sedemikian, satu senarai
pengukuran boleh dihasilkan melalui sorotan literatur.
Bagi memastikan soalan difahami dengan jelas, pengkaji
telah memilih 11 orang staf secara rawak daripada kalangan staf Unit Domestic
Carrier Services (DCS) di tingkat 7, bangunan TM Annexe 1, Jalan Pantai Baru,
Kuala Lumpur, untuk tujuan kajian rintis atau “pilot study”. Mereka ini tidak
termasuk dalam responden kajian ini.
Rasionalnya tindakan ini bagi menentukan soalan-soalan dalam borang kaji
selidik boleh difahami dan boleh diperbaiki jika terdapat sebarang kelemahan
dan bias. Soalan-soalan dalam kaji
borang selidik diperoleh daripada sumber kajian terdahulu dan di antaranya oleh
Zila Abidin (2013)[19]. Soalan-soalan tersebut
kemudian diolah semula agar bersesuaian dengan kajian.
Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima
mengikut pengamal penyelidik dalam sains sosial ialah apabila nilai Cronbach Alpha
lebih daripada atau bersamaan 0.60. Dengan menggugurkan butiran-butiran yang
memudahkan pekali tersebut (dalam konstruk dan indikator item), penyelidik
boleh meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd Majid
Konting (1993), tahap Alpha bersamaan 0.71 – 0.99 adalah tahap terbaik (71%-99%)
kebolehterimaan item oleh sampel)[20].
Frankel dan Walllen (1996) meletakkan nilai reliabiliti
item diterima pada tahap Alpa bersamaan 0.70 – 0.99[21].
Manakala menurut Kubiszyn dan Borich (2000) pula menentukan nilai Alpa
bersamaan 0.80 – 0.90 reliabiliti koefisien yang diterima[22].
Manakala menurut Paphom (1990) ialah pada tahap Alpa bersamaan 0.90 – 0.95.
Tafsiran nilai Cronbach Alpha correlation coefficient adalah seperti Jadual 3.5.6.
.06 - 0.70 =
satisfied coefficient
.70 - 0.80 =
stability coefficient
.80 - 0.90 =
customary coefficient
.90 - 0.95 =
sufficient coefficient[24]
.80 - 0.90 =
acceptable reliability
.90 - +1.00 =
very good reliabilty[25]
.95 -+1.00 =
acceptable standardised test for internal
consistency.
Jadual 3.5.6: Tafsiran Nilai Cronbach Alpha Correlation Coefficient
Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan statistik deskriptif. Ia merupakan salah
satu teknik untuk menerangkan data atau maklumat dengan cara meringkaskan
beberapa set data serta matlamat statistik deskriptif adalah untuk memberi gambaran
ringkas mengenai data agar dapat difahami dengan mudah.
Di samping itu juga pengkaji gunakan Cronbach’s
Coefficient Alpha untuk mengukur kebolehpercayaan item-item soal selidik. Untuk
kajian ini, pengkaji mengukur pemboleh ubah atau item-item komunikasi yang
dipersepsi sebagai menyenangkan.
Sebanyak 5 kenyataan atau item yang merangkumi ciri-ciri komunikasi
interpersonal yang dipersepsi sebagai menyenangkan, 5 item dipersepsi sebagai
tidak menyenangkan dan 5 item berkaitan kemahiran komunikasi interpersonal yang
diperoleh oleh staf dalam pengurusan organisasi. Setiap kenyataan membolehkan responden
mencapai markah 4 yang paling tinggi dan 1 yang paling rendah.
Pengkaji menggunakan “Cronbach’s Alpha” untuk mengukur
kebolehpercayaan item-item soal selidik ini adalah bagi tujuan untuk menentukan
ketekalan pemboleh ubah utama iaitu konstruk kajian dan pemboleh ubah kecil ia
itu sub-sub item dalam item utama.
Menurut Sekaran, (1992),[26]
mengatakan nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 dianggap rendah dan
tidak boleh diterima, nilai Alpha antara 0.60 – 0.80 adalah diterima, manakala
nilai Alpha lebih daripada 0.80 dianggap baik.
Ini bererti kajian rintis dengan pembetulan pada item
B3-12 iaitu “saya tidak pernah mengikuti kursus peningkatan komunikasi”
ditukarkan kepada “saya pernah mengikuti kursus peningkatan komunikasi” dan
kajian sebenar dengan menggunakan pemboleh ubah dalam borang soal selidik.
Pembentuk konstruk dilakukan dengan perbincangan secara
kritis bersama penyelia dengan berpandukan soalan kaji selidik yang telah dilaksanakan
oleh penyelidik terdahulu. Dengan sedikit perubahan serta olahan semula
soalan-soalan kaji selidik tersebut supaya ia lebih dan selaras dengan kajian yang hendak dilakukan
oleh pengkaji. Ekoran daripada olahan serta dengan rujukkan daripada sorotan
literatur terdahulu pengkaji dapat membentuk konstruk seperti mana dipersembahkan
dalam Jadual 4.2.1
Nilai Cronbach Alpha ini merumuskan bahawa item-item
mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yang
dinyatakan oleh Mohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti
Rahayah (2003).
Hasil daripada kajian rintis
dapat rumuskan bahawa kesemua soalan yang dikemukakan dapat difahami dengan
mudah oleh responden.
3.6 Penganalisisan data
Pengkaji menggunakan kajian
kuantitatif. Kajian kuantitatif
merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenal pasti yang mana
berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pemboleh ubah, diukur
melalui perwakilan nombor dan di analisa menggunakan teknik statiskal (Newman,
2000), dan ia adalah sesuai untuk kajian jenis tinjauan (Fellow & Liu,
1997). Rasionalnya kajian jenis ini
hasilnya dapat dipersembahkan dalam bentuk jadual, gambar rajah dan perkiraan
statistik. Kesemua data yang diperoleh, dikumpulkan, disusun dan dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik jenis deskriptif.
Penggunaan teknik statistik untuk
menganalisis data penyelidikan komunikasi memerlukan syarat-syarat tertentu,
sebagai contoh teknik statistik bukan para metrik tidak memerlukan unit-unit
cerapan diambil daripada populasi bertaburan normal, manakala teknik statistik
para metrik memerlukan unit-unit cerapan yang diambil daripada populasi yang
mempunyai taburan normal.
Justeru, dalam konteks ingin memilih
teknik yang digunakan untuk menganalisis data, pengkaji perlu memahami
kewujudan atau sumber sesuatu pemboleh ubah dan kaedah mengukur angkubah
tersebut. Ini bermakna pengkaji perlu
memahami definisi konseptual dan operasional.
Ini adalah perlu supaya pengkaji dapat
memilih teknik statistik yang bertatapan dengan objektif kajian dan mudah untuk
membuat interpretasi data yang dihasilkan daripada proses analisis. Pemilihan
statistik juga bergantung kepada tahap pengukuran setiap pemboleh ubah sama ada
diukur pada tahap nominal atau ordinal.
Justeru, kajian ini pengkaji lakukan analisis
bukan parametrik dengan menggunakan kaedah pengiraan statistik Kruskall Wallis untuk
menerima atau menolak hipotesis kajian. Pengkaji juga menggunakan analisis
korelasi Spearman untuk melihat perhubungan antara pemboleh ubah komunikasi
interpersonal menyenangkan dan tidak menyenangkan dengan faktor yang terpilih. Dan
yang terakhir pengkaji menggunakan analisis Cronbach Alpha untuk menentukan
kebolehpercayaan pemboleh ubah terpilih bagi kajian ini. Manakala SPSS iaitu
pakej statistik untuk sains sosial Ia merupakan “software” yang diguna pakai
bagi tujuan analisis data.
Item yang dianalisis adalah seperti
jadual 3.6 dan ringkasan metodologi kajian boleh dirujuk Rajah 3.7.
.Rajah 3.6: Analisis item
Konstruk
|
Item
|
(B1)Komunikasi interpersonal dipersepsi menyenangkan
(B2)Komunikasi interpersonal dipersepsi tidak
menyenangkan
(B3)Kemahiran komunikasi interpersonal
|
1)Kemesraan
2)Kerjasama
3)Mendengar
4)Penampilan
5)Kepercayaan
1)Konflik
2)Sombong
3)Pemarah
4)Mengutuk
5)Berbohong
1)Kerja mahir
2)Kursus
3)Miliki
kemahiran
4)Memadai
mahir
5)Perlu
kemahiran
|
Rajah 3.7: Ringkasan Metodologi Kajian
Konstruk
konseptual Kajian
|
Kutipan
Data Kuantitatif
|
Kajian
Rintis dan Sebenar
|
Kebolehpercayaan
dan Kesahan
|
Masukkan
Data bukan parametrik (SPSS)
|
Analisis
Data Kuantitatif
|
Menulis
Laporan
|
Soal
Selidik
|
[1] Syed Arabi. (1993). Kaedah Penyelidikan
Komunikasi dan Sains Sosial.
Kuala Lumpur: DewanBahasaDanPustaka. 45
[2] Ibid. 45
[3] Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah
Penyelidikan. McGraw-Hill (M) Sdn Bhd., 213-223
[4]Gay, L.R. &
Diehl, P.L. (1992). Research Methods for Business and.
Management, MacMillan Publishing Company, New York
[5] Roscoe dikutip dari Uma Sekaran.
(2006). Metode Penelitian Bisnis.
Jakarta : Salemba Empat. 22
[7] Arikunto Suharsimi. (2005). Manajemen Penelitian. Jakarta : Rineka
Cipta
[8]
Kriteria ini disemak semula bersama penyelia dengan sedikit pengubahsuaian sama
ada relevan atau tidak untuk dipersembahkan dalam borang soal
selidik.
[9] Ezhar Tamam & Jusang Balong. (2002). Kaedah Persampelan. Universiti Putra Malaysia.18-20
[11] Creswell. (1994), Research
Intrument. Kedapatan November 12, 2013, daripada http://instrumen kajian
[12] Nur Haqiqah Utieh. (2013). Penyelidikan Persepsi Pelajar Asrama Jengka Pusat http://www.slideshare.net/iqahsudin/smk-jengka-pusat. Akses Julai, 15, 2015
[13] Ibid.5
[14]Ezhar Tamam &
Jusang Balong, (2002). Kaeadah
Penyelidikan Komunikasi. University Putra Malaysia, Serdang, 37
[15] Jenkins, A.M. (1985). Research
Methodologies and MIS Research. in Research Methods in Information Systems,
E. Mumford (ed.), Elsevier Science Publishers B.V. (North-Holland), Amsterdam.
315-320
[16] Ives, B., Olson, M.H., & Baroudi, J. (1983). The Measurement of User
InformationSatisfaction. Communications of The ACM. 26 (10) (October) .
785-793.
[17] Jarvenpa, S.L., Dickson, G.W. &
DeSanctis, G.L. (1984). Methodological
Issues in Experimental IS Research: Experiences and Recommendations.
Proceedings of the fifth International Information Systems Conference, Tucson,
AZ, November 1984, 1-30
[18] Sethi, V. & King, W.R. (1991). Constract Measurement in Information Systems Research: An
Illustration in Strategic Systems, Decision Science, 22(3), 455-472
[19] Ibid.
[20] Mohd Majid Konting. (1993). op.cit., h.182
[21] Frankel J.R. dan Norman E. Wallen (1996) op.cit., h. 163
[22] Tom Kubiszyn & Garry Borich (2000), Educational Testing and
Mesurement: Classroom Application and Practise. Sixth Edition New York: John
Willey & Sons, Inc. h.319
[23] Howard B. Lyman.
(1986). Test Scores and What They
Mean. Forth Edition, New Jersey: Prentice Hall Englewood Cliffs, h. 29.
[24] Walter R. Borg & Meredith Damien Gall. (1979). Educational Research : An Introduction. 3rd
Edition, New York, London : Longman, h. 97.
[25] Vierra, A. & Pollock, J. (1992). Reading Education Research. Scottsdale
:Gorsuch Sewishirch, h. 86
[26] Sekaran, U . (1992).
Research method for business: a skill-building approach New York: John
Willey & Sons Inc.
Comments
Post a Comment