Skip to main content
ABSTRAK

Komunikasi memuaskan mungkin tidak mencukupi untuk mengkonsepsikan komunikasi interpersonal yang berkesan dalam tempat kerja di Malaysia, di mana kebanyakan daripada ahli-ahli organisasinya ialah Muslim. Maka itu wujud keperluan untuk meneliti domain konseptual konstruk komunikasi interpersonal menyenangkan dan tidak menyenangkan daripada perspektif Islam. Konsep komunikasi dalam perspektif Islam, di samping untuk mewujudkan hubungan sesama manusia, hubungan secara menegak dengan Pencipta makhluk iaitu Allah SWT, tidak akan terputus. Komunikasi dengan Allah SWT tercermin melalui ibadah-ibadah fardu (salat, puasa, zakat dan haji) yang bertujuan untuk membentuk takwa. Sedangkan konsep komunikasi moden/Barat fokus kepada hubungan sesama manusia. Ia wujud melalui penekanan hubungan sosial yang disebut muamalah. Ia tercermin dalam semua aspek kehidupan manusia, seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, seni dan sebagainya merupakan kepentingan kajian ini. Di samping itu juga untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi, bentuk, jenis dan aliran komunikasi interpersonal dipersepsi sebagai menyenangkan dan tidak menyenangkan dalam pengurusan organisasi menurut perspektif Islam.  Kepentingan kajian ini kepada pengurusan organisasi menurut perspektif Islam agar staf KJP (Kumpulan Jaminan Perniagaan) dapat memahami pengertian pengurusan dalam erti kata sebenar daripada segi Islam dan boleh mentakrifkan serta melakukan  dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah, sifat semula jadi  melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah kejayaan di dunia dan di akhirat. Untuk berbuat demikian teori Pertukaran Sosial oleh Homan (1961) mendasari kajian ini. Dengan menggunakan Analisis Kruskall Wallis dengan SPSS di mana nilai sig = 0.024 (< 0.05) ia menunjukkan item kerjasama dan kemesraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan komunikasi interpersonal menyenangkan di samping itu juga kajian lalu yang berkaitan oleh Luthans (2005), Magnus (2009), serta Hung & Lim (2013) telah digunakan sebagai garis panduan. Manakala 0.67 nilai Cronbach’s Alpha adalah signifikan dan diterima bagi membentuk instrumen yang digunakan iaitu borang kaji selidik. Sembilan puluh satu populasi kajian merangkumi kesemua staf dalam Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP), Tingkat 11, Utara dan Selatan, Menara Telekom Malaysia. Separuh daripadanya iaitu 45 staf memberi respons dan merupakan sampel kajian ini. Penemuan kajian menunjukkan staf sedia ada perlu kepada kemahiran komunikasi interpersonal.  Manakala komunikasi interpersonal bentuk lisan dan jenis tidak formal didapati berkesan serta memberi kepuasan di tempat kerja. Aliran komunikasi interpersonal menegak merupakan komunikasi interpersonal yang berkesan dan aliran komunikasi interpersonal mendatar dapat memberi kepuasan kerja. Namun secara keseluruhannya komunikasi interpersonal dalam pengurusan organisasi menurut perspektif Islam dipersepsi sebagai menyenangkan oleh staf di KJP.



ABSTRACT

Communication satisfying may not be adequate to conceptualize as effective interpersonal communication in Malaysia workplace, of which most of the organization’s members are Muslim. Hence, there is a need to study the conceptual construct of pleasant and unpleasant interpersonal communication from the Islamic perspective. The concept of communication in Islam, besides establishing relationship between human beings, is to establish the vertical relationship with the Creator of human beings that is Allah SWT.  Communication with Allah SWT is reflected through performance of religious obligations and worships such as prayer, fasting, zakat and pilgrimage to achieve piety status. Whereas the concept of communication from western perspective focuses on the human beings relationship through social interactions or “muamalah”, reflected in all aspects of human interactions like in social, culture, political, economy, and art; signifying the importance of this research alongside in identifying the communication skills, forms, types and interpersonal communications trends perceived as pleasant and unpleasant in the context of organizational management according to Islamic perspective. The importance of this research in organizational management from the Islamic perspective is to strengthen the understanding, motivation, and commitment of GBA (Group Business Assurance) staff in defining, planning, executing, and completing jobs successfully through management process naturally, effectively, and innovatively through and with other staff collaboratively in efforts to achieve the organization’s goals and objectives. At the same time, organizational resources are used and leveraged strategically in global business environment that is dynamic and constantly changing, in meeting and attaining organization objectives towards “al-falah” success in this world and in Hereafter. To do so, Social Exchange  Theory by Homan (1961) underlie this study. with the value of Analyzed with Kruskall Wallis with SPSS and the value sig = 0.024 (<0.05), it shows item cooperation and friendliness have significant relationship with interpersonal communication to please at the same time also study and which related by Luthans (2005), Magnus (2009), and Hung & Lim (2013) had been used guidance. Meanwhile, Cronbach’s Alpha’s value of 0.67 is significant and accepted to form the instrument used that is the survey form. The study has a targeted population of 91 covering all staff in the Group Business Assurance (GBA) Department, at 11th Floor, North and South, Tower of Telekom Malaysia. Half of the targeted population or 45 staffs responded and this is the sample size. Key findings from the research showed existing staffs need interpersonal communication skill. Interpersonal communication spoken form and the type not formal found to be effective and giving satisfaction at the workplace. Interpersonal communication trend vertical is interpersonal communication that effective meanwhile interpersonal communications trend horizontal can give work satisfaction. However, the overall interpersonal communication in organizational management according to Islamic perspective perceived as pleasant by staffs in GBA.





















PENGHARGAAN


الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللهِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Penghargaan yang tidak ternilai khusus kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Jabatan Siasah Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, yang banyak dan tanpa jemu membantu menyempurnakan tesis ini. Tidak lupa juga penghargaan ini saya tujukan kepada Prof. Madya Dr. Jusang Balong, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) di Universiti Putera Malaysia dengan bantuan beliau serta tunjuk ajar untuk menjayakan tesis ini supaya menjadi kenyataan.  Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pengurus Besar FM, Pengurus Besar Pengurusan Kredit serta Timbalan Presiden GBA kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.  Ditujukan juga penghargaan ini kepada responden serta rakan taulan di FM, GBA serta sahabat di luar pejabat yang banyak membantu dan seterusnya kepada mereka yang secara langsung mahu pun secara tidak langsung membantu bagi menjayakan tesis ini supaya menjadi kenyataan. Penghargaan ini juga diberikan kepada abah, ibu tiri serta arwah ibu kandung saya.  Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan buat  isteri saya tersayang yang terlalu banyak memberi sokongan serta dorongan untuk menjayakan tesis ini.   Penghargaan ini juga ditujukan kepada anak-anak dan menantu saya sebagai sumber inspirasi serta memberi semangat kepada saya untuk menyempurnakan tesis yang mencabar. 







Comments

Popular posts from this blog

Bab 3 Metodologi Kajian

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 1.        3.1   Pendahuluan Bab ini membentangkan kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan. Ia termasuklah hipotesis kajian, populasi dan sampel, lokasi kajian,  pemboleh ubah, pengumpulan data, skala pengukuran, kebolehpercayaan dan kajian rintis serta penganalisisan data. Jenis kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan lapangan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian. 3.2   Populasi dan sampel Apabila membuat penyelidikan, masalah yang hendak dikaji itu datangnya daripada populasi.  Populasi ditakrifkan sebagai keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi, 1992) [1] .  Menurut Syed Arabi, (1993) [2] tujuan utama pensampelan dilakukan adalah untuk mentaksirkan parameter populasi.  Bagi menentukan sampel untuk kajian ini pengkaji tidak memilih untuk menggunakan sampel yang besar kerana mengikut pendapa...

Kualitatif yang saya faham

Definisi atau Pengertian Kajian atau penyelidikan kualitatif merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti sesuatu fenomena atau keadaan terhadap individu bagi mendapatkan maklumat secara terperinci atau dengan lebih mendalam. Penyelidikan atau kajian ini akan menerangkan proses dan memberi tahu langkah-langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan. Asas penyelidikan kualitatif Responden - Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. Bentuk data - Data berbentuk perkataan atau ayat yang di kumpul melalui temu bual atau direkod dalam bentuk gamb...
KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM PENGURUSAN ORGANISASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Zulkifli Ariffin No. 26 Jalan AU 1C/2A, Taman Keramat Permai Kuala Lumpur, Malaysia zayamalbalinggi@gmail.com Sharifah Hayati Syed Ismail Akademi Pengajian Islam Universiti Malays, Malaysia sashsiaq@um.edu.my ABSTRAK Kajian literatur terdahulu mendapati bahawa perbincangan tentang komunikasi interpersonal menurut perspektif Islam sangat luas dan t idak dinafikan bahawa teori-teori Barat banyak mendasari teori komunikasi Islam akan tetapi ilmu komunikasi Islam memberi penekanan dan amat menitikberatkan matlamat komunikasi interpersonal sebagai penyebaran maklumat dan ilmu bertujuan untuk membimbing umat manusia menuju ke tahap yang lebih baik berdasarkan kebenaran.  Kata kunci : uslub, qaula, komunikasi Ilahi, komunikasi Qurani, mau’izah, waqi’iyyah, murunah, syumuliah PENGENALAN Kebanyakan teori-teori komunikasi yang dikemukakan oleh sarjana Islam melibatkan hubungan...